|
BAD SECTOR
Ia adalah bahagian cakera yang telah rosak .Kerosakan
ini juga boleh disebabkan oleh hentakan yang kuat
pada cakera . File error , bad sector biasanya
bersifat kekal . Dalam sesetengah kes ia dapat
dihilangkan dengan melakukan ‘low level
format’ .Tetapi risikonya tinggi kerana ia akan
hilangkan semua data pada
cakera keras dan ada kemungkinan cakera keras anda
tidak dapat digunakan lagi jika tidak kena caranya
. Jika anda rasakan kerosakkanya berpunca daripada
virus , anda boleh mengesannya dengan perisian
antivirus . Kerosakkan fail pada cakera keras
adalah sesuatu yang biasa dan perlu pemeriksaan
yang kerap .
ketidakstabilan bekalan elektrik juga merupakan
punca utama masalah tersebut . Ia juga disebabkan
perbuatan menutup komputer sesuka hati tanpa
‘shut down’
dengan sempurna .Ia menyebabkan satu kejutan
elektrik kecil pada cakera keras dan boleh
menyebabkan kerosakkan .
Masalah seperti ini dapat dikurangkan dengan
memasang AVR(Auto Voltage Regulator) ataupun
UPS(Uninterruptable Power Supply) .AVR boleh
digunakan untuk menstabilkan voltan bekalan
elektrik manakala UPS boleh digunakan untuk
menyediakan bekalan elektrik sokongan sementara
semasa bekalan
elektrik terputus .
MONITOR
Ia merupakan peranti output yang paling penting
kerana ia memaparkan segala kerja-kerja yang kita
lakukan .Peranti ini mengggunakan tiub sinar katod
(CRT) . Monitor ini mengeluarkan imej dengan
kaedah imbas raster . Ia terdiri daripada analog
dan digital yang mempunyai pelbagai saiz dan
bentuk . Monitor
dikelaskan kepada dua iaitu monitor monokrom dan
monitor warna .
· Monitor monokrom :
Menggunakan pancaran elektron dan memancarkan satu
warna sahaja . Biasanya hijau , ambar dan putih ,
pada latar belakang hitam . Gubahan fosfor pada
skrin menentukan warna yang terhasil .
· Monitor warna :
Menghasilkan imej berbilang warna dengan
menggabungkan waarna biru , merah dan hijau dalam
keamatan yang berubah-ubah . Setiap pixel
terbentuk
daripada tiga bintik warna iaitu satu bintik merah
, satu bintik hijau dan satu bintik biru .Ia akan
beercahaya pada warna yang berbeza mengikut
bergantung
pada keamatan setiap bintik yang berasingan pada
pixel itu . Monitor warna biasanya dibentuk
daripada monitor RGB kerana ia menggunakan tiga
pancaran
elejtron , satu bagi setiap bintik warna dalam
satu pixel .

MOUSE / TETIKUS
Peranti input yang boleh dikawal dengan
menggunakan tangan yang mengawal kedudukan kursur
pada skrin video .Ia boleh diperihalkan sebagai
kotak dengan
butang diatasnya dan bebala di bawahnya . Kotak
ini diletakkan pada kedudukan rata dengan tangan
pengguna berada di atasnya . Pergerakkan bebola
menyebabkan kursur bergerak mengikut cara yang
sepadan di atas skrin .

POWER SUPPLY / BEKALAN KUASA
Berfungsi untuk membekalkan kuasa kepada komputer
. Terdapat dua jenis dipasaran iaitu ATdan ATX .
Beza antara kedua-duanya adalah bentuk soket
dan voltan pada pin-pinnya . Ia bergantung pada
jenis motherboard .
Kuasa keluaran perlulah bersesuain dengan hardware
yang dipasang . Julat bagi power supply dipsaran
adalah diantara 150W hingga 350W . Jika bekalan
kuasa rendah sedangkan ianya memerlukan kuasa yang
tinggi bekalan kuasa itu akan terbakar.

VGA CARD
Berfungsi untuk memberi paparan pada monitor . Vga
yang baik dapat memberikan resolusi yang tinggi
pada paparan monitor . Bagi mereka yang
menggunakan bahan grafik 3D dalam kerja , adalah
disarankan menggunakan kad yang tinggi resolusinya
. Resolusi ini bergantung pada jumlah memori
sesuatu
kad . Sambungan kad ini terbahagi kepada dua jenis
iaitu PCI & AGP . AGP mempunyai kelajuan yang
lebih tinggi .

FLOPPY DRIVE
Merupakan peranti input dan output . Ukuranya
diantara 5 ¼ inci dan 3 ½ inci . Kapasitinya
ialah 360 KB,720 KB ,1.2 MB & 1.44 MB .
Fungsinya adalh
untuk merakamkan data dalam disket . Data yang
disimpan tadi boleh diambil semula dari mana-mana
komputer yang serasi .Kerosakkan yang biasa
berlaku
adalah ‘magnetic head’ nya telah kotor . Ia
boleh dicuci dengan menggunakan Disket Pencuci .

KEYBOARD / PAPAN KEKUNCI
Ia adalah peranti perisian input bagi mikro
komputer . Ia digunakan untuk memasukkan data ke
dalam komputer . Papan kekunci yang terbaik adalah
papan
kekunci yang mengikut bentuk jari iaitu jenis
ergonomik dan mempunyai arm rest . Sambungan soket
yang biasa adalah PS/2 & AT .

next
|