|
SOUND CARD
Ia berfungsi untuk mengeluarkan bunyi audio dari
sesebuah komputer .Kad bunyi yang baik , mampu
mengeluarkan bunyi yang baik .Kualitinya
bergantung
kepada jumlah jumlah bit yang dikeluarkan
antaranya 16 bit , 32 bit , 64 bit , 128 bit dan
A3D .

CD-ROM / CAKERA PADAT READ ONLY MEMORY
Ia adalah peranti input untuk memasukan data
kedalam komputer melalui CD dan juga sebagai unit
storan . Kelajuannya tercatat pada muka hadapan
traynya dengan tanda X .Kelajuannya tidak boleh
dipertigkatkan kecuali dengan menggantikannya
dengan yang baru . Untuk memasangnya pada komputer
yang mempunyai sambungan IDE padam komputer anda
dan buka casingnya terlebih dahulu . Pasangkan
CD-ROM diruang panel yang masih kosong .
Seterusnya sambung soket IDE tersebut dengan
CD-ROM dengan menggunakan kabel data IDE .Sambungkan
juga kabel bekalan kuasa dan kabel audio .
Setelah pemasangan perkakasan selesai , anda perlu
lakukan pemasangan perisian pula . Anda perlu
memasukkan fail pemandu untuk CD-ROM terlebih
dahulu sebelum ia dapat berfungsi . Hidupkan
komputer dan jalankan program ‘install’ataupun
‘setup’daripada disket tersebut dan proses
pemasangan fail
pemandu akan dilakukan secara automatik. Ulang
hidup (reboot) komputer anda dan CD-ROM akan mula
berfungsi.

DVD
Digunakan untuk menonton movie. Ia berbeza dengan
CD-ROM kerana dapat memberikan tayangan gambar
yang lebih jelas dan menarik.
SCANNER
Berfungsi untuk merakam gambar untuk dimasukkan ke
dalam komputer. Ia juga boleh bertindak sebagai
mesin fotostat jika disambungkan dengan
pencetak. Ia boleh merakam apa jua bentuk imej
dalam komputer sama ada teks atau grafik.
Kulaitinya dinilai berdasarkan jumlah bit yang
boleh diimbas.
Contonya 300x300 bit, 600x600 bit dan 1200x1200
bit.

MODEM
Merupakan sejenis peranti yang membolehkan
komputer mendapat akses internet. Ia terbahagi
kepada dua iaitu modem dalaman (internal) atau
luaran
(external). Modem yang disyorkan adalah
berkelajuan 33.6 kbps atau lebih kerana ianya
lebih laju memindahkan data. Bagi modem dalaman ia
memerlukan
anda membuka penutup komputer jika ingin
memasangnya manakala untuk modem luaran anda hanya
perlu menyambung ke penghubung ‘com port’ di
belakang komputer. Jika menggunakan modem luaran
kita perlu menghidupkan suisnya setiap kali ingin
menggunakannya. Modem ini mudah alih. Ia juga
mempunyai paparan LED yang memberitahu pengguna
status operasi baca-tulis dan lain-lain. Modem ini
lebih baik kerana dilengkapi punca kuasa
tersendiri.
PRINTER
Berfungsi untuk merekod data tampak yang kekal
dari keluaran komputer. Terdapat 3 jenis pencetak
iaitu pencetak dot matrik, ink jet dan laser jet.
Pencetak dot matrik hnya mengeluarkan warna hitam
serta warna lain tetapi kos berwarna adalah
terlalu mahal.Dua jenis kepala iaitu 9 pin dan 24
pin.
Kualiti dan kelajuan cetakan bagi 24 pin adalah
lebih baik dan laju.Kelemahannya adalah bunyi yang
bising sewaktu mencetak.
Pencetak ink jet mempunyai kualiti sederhana dan
boleh mencetak pelbagai warna secara serentak.
Menjadi pilihan kerana kos yang rendah berbanding
pencetak laser jet.
Pencetak laser jet adalah yang terbaik kerana
menghasilkan resolusi warna yang amat baik dan
kurang menjadi pilihan kerana harga yang tinggi.
CPU
Dikenali juga sebagai mikropemproses iaitu sebuah
cip yang berbentuk segiempat yang dipasang di atas
papan induk . Fungsi utamanya adalah proses data
dan
maklumat yang diteima dari peranti input . Ia
boleh juiga dianggap sebagai otak komputer .
Pengeluar utamanya ialah Intel Corp ., Advanced
Micro Deviced Inc . (AMD) dan Cyrix . Ia juga
mengandungi cache memory iaitu ingatan para .
Ingatan paaara
aalah ingatan yang digunakan untuk meningkatkan
keupayaan komputer . ia bertindak sebagai orang
tengah diantara cip pemproses dengan ingatan
sebenar .(ingatan
jenis RAM) .Data yang kerap diguna oleh pengguna
akan disimpan di sini , oleh itu capaian akan
menjadi lebih pantas disebabkan ia berada dekat
dengan
pemproses berbanding dengan ingatan sebenar.

kembali
|