"Selamat Datang ke Halaman Bebudak KUiTTHO......"

 
     
   
 
Hey !!! geng jika berminat    nak masuk KUiTTHO jangan lupa dapatkan borang UPU ngan segera......

Isi Kandungan 

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5

 Bab 6

 Bab 7

komen

 

 

 

BKU 1012 - Asas Komputer Dan Applikasi ( Versi 1 )

     

Bab 4

Windows 3.x (3.0, 3.1 dan 3.11)

  • Microsoft menghasilkan windows yang menggantikan arahan asas dalam DOS

  • Ia dipanggil sebagai persekitaran pengoperasian (operating environment)

  • Windows yang dihasilkan ini tidak stabil sehingga tahun 1990 dimana Windows 3.0 dihasilkan. Windows ini membenarkan lebih dari satu program dimuatkan ke dalam ingatan.

  • Windows bagi kerja berkumpulan (workgroups) adalah ciri penting kerana ia membenarkan penggunaan rangkaian bagi menghubungkan beberapa komputer dengan satu pakej.

Keburukan Windows 3.x

  • Ia dibentuk bagi memenuhi peranan yang sama dengan MSDOS, maka had keupayaan sama seperti MSDOS.

  • GUI yang dibentuk banyak kekurangan dan perlu diperbaiki.

Windows 95

  • Pada tahun 1995, windows 95 sebagai sistem pengoperasian dihasilkan yang boleh melaksanakan mutltitugas dan 32-bit serta bentuk GUI yang lebih menarik.

  • Kebolehan memproses 32-bit menjadikan ia popular berbanding 16-bit dalam DOS atau windows 3.x.

  • Ia membenarkan pengguna memberi nama fail sehingga 256 perkataan.

  • Ia menawarkan pasang dan main (plug & play) bagi penambahan perkakasan baru (modem, soundcards, disk, printer dan lain-lain.)

  • Kemudahan rangkaian, kurangnya pepijat (bugs) dan menyokong permainan 3D.

  • Keperluan minima windows 95, 386Dx atau lebih tinggi, 4MB ingatan atau lebih (8MB dicadangkan), 35-40MB, 3.5" pemacu atau CD-ROM, VGA atau lebih baik.

Windows 98

  • Ia adalah pengemaskinian (upgrade) pada windows 95 .

  • Ia mengandungi apa yang terdapat dalam windows 95, dan ditambahi dengan beberapa keupayaan.

  • Internet Explorer 4.0 - Pengguna boleh melihat internet sama seperti melihat kandungan dalam pemacu.

  • Active Desktop - Maklumat boleh dikemaskinikan terus ke dalam komputer anda melalui internet seperti maklumat saham.

Unix

  • Ia adalah sistem pengoperasian kongsi masa yang mempunyai komponen utama kernel dan cangkerang.

  • Kernel adalah set aturcara yang mengkoordinasikan semua kerja dalaman komputer seperti menyediakan sistem sumber. Pengguna berhubung dengan operasi dalaman ini melalui set aturcara cangkerang.