|
AKSESORI
KOMPUTER
MOTHERBOARD/PAPAN INDUK
Berfungsi sebagai jantung sebuah komputer . ia
merupakan sebuah papanlitar yang terletak
dibahagian bawah casis setiap unit komputer . Ia
diperbuat daripada
sekeping kaca serat yang bewarna hijau dan
diatasnya pula penuh dengan cip , perintang ,
kapasitor danjuga litar-litar elektronik
.

SLOT PERHUBUNGAN
Ianya terletak dibahagian belakang papan induk .
Kad-kad komputer seperti kad grafik akan
dimasukkan ke dalam slot perhubungan .Slot ini
juga dikenali sebagai
bas sistem atau bas sahaja.
RAM / INGATAN SEPARA
Ia merupakan antara peranti yang terpenting .
Jenis-jenisnya ialah SIMM dan DIMM .
SIMM terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
a.EDO (Extended Data Out) berkelajuan 60 / 70 ns
(72 pin) . Kapasitinya ialah 4,8,16,32,64MB.
b.FP (Fast Page) berkelajuan 60 / 70 ns (72
pin)Kapasitinya ialah 4,8,16MB.
c.FP (Fast Page) berkelajuan 70 ns (30
pin)Kapasitinya ialah 256 K , 512 K , 1MB .
Kelajuan DIMM terbahagi kepada tiga jenis :
PC66 (66ns) (168 pin) . Kapasitinya ialah16,32,64
MB .
PC100 (100ns) (168 pin) . Kapasitinya ialah
32,64,128,256 MB .
PC133 (133 ns) (168 pin) . Kapasitinya ialah
32,64,128,256 MB .
Lebih tinggi RAM yang digunakan lebih cepat kerja
dapat dilakukan disebabkan oleh komputer berupaya
mengeksploitasi kepantasan pemproses dengan lebih
baik
. RAM yang tinggi amat sesuai bagi mereka yang
melakukan kerja-kerja grafik 3D .
Walaubagaimanapun kepantasan operasi aritmetik
tetap sama .

CIP MEMORI ROM
Ia mengandungi BIOS (Basic Input / Output System)
. Pada sesebuah komputer peribadi biasanya
terdapat satu hingga lima cip ROM . Kita boleh
mengenalinya
dengan cara perhatikan cip yang agak besar
terletak ditengah-tengah bahagian kiri papan induk
.
CAKERA KERAS / HARD DISK
Ia merupakan storan utama untuk menyimpan segala
maklumat dan data yang telah kita buat . Segala
perisian yang ingin kita gunakan juga disimpan di
sini . Cakera
keras ini berkapasiti dari 3.2 GB – 45 GB . Ini
bertujuan untuk menampung keperluan perisian yang
akan digunakan .

FORMAT
Untuk memformat cakera keras yang masih belum
digunakan kita mestilah memasangnya terlebih
dahulu dengan komputer . Kemudian hidupkan
komputer
telebih dahulu dengan menggunakan disket
‘startup’ dan seterusnya jalankan program atau
arahan FDISK dari prom A:\> . Gunakan FDISK
untuk mencipta partisi
DOS (Create Dos Partition) yang utama ataupun
tambahan (extended) . Kemudian komputer akan
menyuruh anda mengulang hidup (reboot) .
Seterusnya gunakan
disket ‘startup’ itu sekali lagi untuk
memformatnya .
Untuk memformat semula sesebuah cakera keras yang
telah digunakan ,katakan pemacu C : , anda perlu
memanggil arahan format dengan menaip
FORMAT C : . Arahan atau program untuk memformat
ini biasanya terkandung dalam disket ‘startup’
serta dalam direktori c:\ dos ataupun
c:\windows\command .
Tetapi awas semua data didalamnya akan hilang .
Jika perlu alihkan data yang penting ke dalam
disket terlebih dahulu.
next
|