"Selamat Datang ke Halaman Bebudak KUiTTHO......"

   
   
 
Hey !!! geng jika berminat    nak masuk KUiTTHO jangan lupa dapatkan borang UPU ngan segera......

Isi Kandungan 

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6

Bab 7

KOMEN

BKU 1012 - Asas Komputer Dan Applikasi ( Versi 1 )

   

 

 

Bab 2

2.0 SISTEM PENGOPERASIAN (OPERATING SYSTEM)

  • Perisian - aturcara yang menghubungkan pengguna dengan perkakasan

  • perisian terbahagi kepada 2 iaitu : 

          i-perisian sistem 

         ii-perisian pengguna

  • Perisian Sistem ialah satu kumpulan aturcara yang mengawal aturcara lain supaya beroperasi dalam satu sistem bersesuaian dengan had keupayaan perkakasan.Terdiri daripada sistem pengoperasian, penterjemahan bahasa subrutin, aturcara-aturcara utiliti dan bahasa pengaturcaraan.

  • Sistem pengoperasian mengawal dan menyelaras pengendalian keseluruhan sistem komputer.

  • Ia kekal dalam ingatan utama dan storan sekunder.

  • contoh :CP/M, Apple DOS, MS-DOS dan UNIX.

  • Nukleus(inti sistem pengoperasian) ialah bahagian kecil yang mesti menghuni ingatan sepanjang masa untuk melaksanakan fungsi asas dan mencapai bahagian lain dalam sistem pengendalian.

  • Fungsi yang dilaksanakan oleh sistem pengoperasian :

          i. Menyediakan saling tindak manusia-komputer.

         ii. But (Boot) atau memulakan pengendalian komputer.

        iii. Menjadualkan kerja.

        iv. Mengawal pengendalian input dan output.

         v. Mengawal perlaksanaan perkakasan.

        vi. Menguruskan data dan storan fail.

       vii. Memberikan tugas-tugas yang berbeza

  • But (Boot) Sistem Pengeporasian

          Apabils memulakan sistem, aturcara pemula (boot program) atau pengawas disimpan dalam        ROM dilaksanakan bagi mengesahkan semua sitem berjalan. Jika tiada ralat, ia akan memuatkan sebahagian kecil sistem pengoperasian dari stroran bantuan biasanya sektor O ( boot sector) ke dalam RAM dan satu pengesa sistem serperti A> memberitahu sistem telah berjaya dimuatkan.

 

  • Sistem Pengeroparisian terdiri daripada 2 aturcara yang utama iaitu aturcara kawalan dan aturcara perkhidmatan.

         i.Aturcara Kawalan ( Control Program)

Membenarkan komunikasi pengguna dengan komputer, log tugas dan mengawas keseluruhan pengendalian komputer untuk memastikan setiap aktivi berjalan lancar.

Antara aturcara/ program kawalan yang utama:

  1. Aturcara Penyelia

  2. Pemproses Perintah

  3. Pengendalian Sampukan

  4. Sistem Kawalan Input/Output

        ii. Aturcara Perkhidmatan

Terbahagi kepada 2 iaitu

  • Aturcara Utiliti

  • Aturcara Perpustakaan

     Jenis Sistem Pengeoperasian

         i. Aturcara tunggal

         ii. Sistem Multitugas 

         iii. Sistem Multipemproses

         iv. Sistem Pengeroperasian Mesin Maya

         v. Sistem Multipengguna